long way to go

Tuesday, September 16, 2008

916.. kahkahkah....

dah berbulan-bulan di canang 9/16 akan jadi kenyataan... berhari-hari di beritahu ada katak yang akan melompat... setiap saat di ingatkan nak tubuhkan kerajaan rakyat.. tapi??? kahkahkah...

sungguhpun begitu tetap ada ramai si tolol yang percaya, dan ramai juga si dungu yang mengangguk..
kahkahkah.....

ape la nak jadi, dah tak jadi 9/16, di tunda ke 9/20.. katanya tunggu katak balik dari taiwan.. kahkahkah.....

tapi takpe la, mat jenin moden ni ramai pengikut! dia cakap salah orang ikut, dia tipu pun orang angguk! kahkahkah...

Tuesday, August 26, 2008

P44

+ Paklah, hang tido lg ka? byk signal yang orang dah bagi, takkan hang x sedaq?

+ Pak Jib, nampak gayanya tak merasa la hang nak tunggu 2 taun lagi. dah takda makna dah! tu la, setia tak bertempat.

+ PKR's follower, Pasni kalau Anwar jadi PM, TPM1 dan TPM2 dia bg kat kit siang & karpal. Pastu nanti kalau Anwar mampuih, TPM naik jadi PM. masa tu bukan hangpa ja mampuih, dengan aku sekali pun mampuih! orang lain ang menang, orang lain yang dapat untung! Kalau hangpa suka sangat nak dengaq orang berpidato, hangpa pi la mana2 pertandingan pidato.

+ searang ni suma benda dah makin busuk! eeeeeee............

Thursday, August 14, 2008

Jika DSAI jadi perdana Menteri 16 september ni.

Ni bayangan aku jika DSAI jadi PM 16 sept ni.

  1. Harga minyak turun (tapi harga barang tak turun-turun gak!)
  2. HINDRAF akan jadi parti politik yang sah di Malaysia.
  3. Untung petronas berkurang (di serap untuk tampung harga minyak)
  4. NCER, ECER mungkin tukar nama.
  5. KJ jadi tikus.
  6. Paklah sakit jantung.
  7. Tuduhan atas najib dah berkurangan. (sebab DSAI dah pun jadi PM)
  8. SCOMI tak dapat tender bekalkan bahan mentah untuk pengangkutan awam.
  9. sambutan hari lahir Karpal Singh & Lim Kit Siang.
  10. Kapal US berlabuh kt Port Klang.
  11. Malaysia akan pinjam dengan IMF kalau harga minyak naik lagi.
  12. air dan elektrik percuma.
  13. 25% kuota bukan melayu dalam UiTM.
  14. Tun Mahathir akan turun naik mahkamah.
  15. Permatang Pauh akan ada pencakar langit.
  16. Musa Hassan kena pecat dari KPN.
  17. Ahmad said kena jual Merc.

Wednesday, August 13, 2008

Jika Dr M masih jadi PM

Bayangkan jika Tun Dr Mahathir masih jadi PM

  • Tiada siapa mengenali Khairy.
  • Jambatan bengkok menjadi lambang hubungan Malaysia-Singapura.
  • Ahmad Said masih menggunakan Perdana V6 executive.
  • Forum 'memeluk islam' takkan ada.
  • Proton akan mengeluarkan kenderaan kompak berasaskan teknologi M.V Agusta.
  • penduduk Perlis boleh sampai KL dlm masa 4jam menaiki keretapi elektrik.
  • Altantuya tak mati di bom!
  • Scomi tak untung berbillion-billion.
  • Anwar mungkin masih di Sg. Buloh.
  • Tiada siapa tahu apa itu Islam Hadhari.
  • Tiada istilah NCER,ECER, SCORE, Iskandar Malaysia.
  • HINDRAF takkan wujud.
  • Harga minyak takkan naik berkali-kali sepanjang 2004-2008
  • Mulut Shaberry takkan berbuih nak bertekak dengan Anwar.

Jerat dah mengena!

Mengenai cadangan MB selangor tentang cadangan membuka 10% kuota UiTM untuk bukan melayu sedang hangat di perkatakan! Sekarang ramai yang melenting dengan cadangan Khalid tu, Ramai 'hero-hero' melayu menunjukkan taring! semuanya berteriak-teriak marah kat si khalid. Berapa ramai pelajar UiTM yang berarak ke Bangunan SSAAS pagi esoknya tu. Menteri-menteri semua menyatakan rasa 'kesal' mereka kerana cadangan si Khalid yang boleh menggugat bumiputera khusus nya melayu.


Tapi mungkin ada konspirasi di sebalik semua tu..

Bayangkan.........

yang semua ni konspirasi Anwar untuk meraih undi di PP nanti dengan menyemarakkan kebencian terhadap UMNO/BN. Mengikut pecahan kaum di P44 parlimen Permatang Pauh. terdapat seramai 69.4 % bangsa melayu diikuti bangsa Cina, 24.5 % dan bangsa India hanya 6 % manakala lain-lain adalah 0.1 %

Dan PKR telah merancang satu jerat untuk meraih undi bukan melayu di P44 nanti, iaitu dengan membangkitkan isu kuota UiTM ini, dengan ini pastilah pemimpin BN akan menjerit-jerit mempertahankan UiTM di samping menghentam MB selangor, yakni musuh BN.

Dan apabila 'hero-hero' ini menjerit-jerit, maka akan tersebarlah unsur racist yang kononnya BN ni hanya mementingkan orang melayu saja. Pada masa tu, hulubalang PKR akan menggunakan isu ini untuk menghentam BN di P44, dan sudah tentu hampir semua pengundi bukan melayu di P44 yang berjumlah 30.6% tu akan menyokong PKR kerana PKR telah lama melaungkan isu kesamarataan.

Mungkin peratusan tersebut tidak menjaminkan kemenangan buat PKR tapi perlu di ingat bahawa sejak tahun 1982 lagi keluarga anwar menang di P44 tu. Jadi tidak sukar untuk mengambil hati separuh dari orang melayu di P44 tu.

Jika di kira 35% orang melayu berjaya 'ditawan' dan di tambah 30.6% dari kaum lain. maka dah jadi 65% pengundi Permatang Pauh yang akan mengundi Anwar. satu peratusan yang tinggi untuk menang!

dan kemenangan hampir pasti buat keluarga Anwar!

Jadi isu kuota UiTM ni hanya satu jerat PR untuk meraih undi bukan melayu.

Dan... jerat telah pun mengena!

Monday, August 11, 2008

adoi la...

Khalid Ibrahim tiada kuasa tentu kuota UiTM : Abdullah

SERDANG 12 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mempunyai kuasa untuk mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera.

``Ini bukan dia punya kuasa. Hal yang berkaitan dengan pengambilan (pelajar) adalah hal yang berkaitan institusi pengajian yang berkenaan. Merekalah yang tentukan dasar,'' katanya. - Utusan


dia cuma mencadangkan, jadu terpulang la sama ada cadangan dia di terima atau tidak. tak perlu la menjerit-jerit nak mencari publisiti.. lagi pun sesiapa pun boleh mengemukakan cadangan, bukannya HEP UiTM saja... HEP UiTM tu yang menentukan dasar... adoi la..

meludah ke langit!

‘Khalid hina UiTM, orang Melayu’

PUTRAJAYA 11 Ogos – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menyelar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup menggadaikan hak keistimewaan orang Melayu dengan mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera.

Menyifatkan saranan tersebut sebagai populis dan bertujuan memancing sokongan bukan Melayu, beliau berkata, cadangan berkenaan juga satu penghinaan kepada orang Melayu, bumiputera dan institusi pengajian itu sendiri.

“Dia (Abdul Khalid) bercakap soal kecemerlangan dan persaingan. Apakah persaingan antara pelajar UiTM sedia ada tidak cukup sengit? Apakah orang Melayu tidak boleh bersaing sesama dengan Melayu. Kena masuk orang Cina, baru Melayu tahu hendak bersaing.

“Saya juga tidak percaya hanya kerana UiTM menghimpunkan pelajar Melayu dan bumiputera, ia membawa kepada perpecahan dalam masyarakat.

“Kalau dia (Abdul Khalid) kata hendak melahirkan perpaduan dengan bercampur orang India dan Cina, mengapa bermula di sini, di UiTM? Dia sepatutnya mencadangkan hanya ada satu sekolah (untuk menggalakkan perpaduan). Dan ia mesti bermula di peringkat sekolah rendah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Abdul Khalid mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing.

Menurutnya, pelaksanaan cadangan itu akan dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Khaled menegaskan, cadangan Abdul Khalid itu hanya satu politik murahan yang sanggup menggadai perkara yang diwujudkan untuk memelihara kedudukan dan kepentingan Melayu serta bumiputera.

Dalam aspek ini, beliau memberi jaminan kerajaan akan terus melindungi hak-hak orang Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesekali tunduk kepada desakan populis itu.

“Jadi, saya memberi jaminan kepada semua pejuang yang telah mewujudkan UiTM bahawa selagi saya menjadi Menteri, kedudukan UiTM akan kekal,” katanya.

Khaled berkata, cadangan membuka kuota pengambilan itu bukan sahaja tidak wajar malah tidak munasabah untuk dilakukan jika kedudukan UiTM hari ini diambil kira.

“Kalau kita lihat statistik enam bulan selepas tamat pengajian untuk tiga tahun kebelakangan ini, seramai 81 peratus siswazah UiTM dapat pekerjaan. Ini adalah lebih baik daripada sesetengah universiti.

“Begitu juga purata siswazah yang belum dapat kerja selepas tiga bulan tamat belajar. Biasanya pada kadar 24.9 peratus tetapi hanya UiTM 19.1 peratus dan bilangan itu adalah antara yang terbaik sekali dalam institusi pengajian tinggi awam dalam negara,” katanya.

Beliau berkata, kementerian mempunyai pelan jangka panjang di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara untuk memastikan institusi itu terus meningkat kecemerlangannya.

Menurut Khaled, UiTM adalah satu pendekatan kerajaan membina kekuatan orang Melayu dan bumiputera dengan meningkatkan kualiti pendidikan supaya mereka dapat bersaing dan tidak tercicir berbanding kaum lain.

Hari ini, katanya, orang Melayu dan bumiputera masih belum berada pada kedudukan yang mampu menyaingi kaum lain.

“Tindakan membuka UiTM akan melambatkan lagi proses menyusun masyarakat, mengimbangi keciciran atau kekurangan di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Langkah ini tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya.


utusan meloya

Chit! cakap tak serupa bikin! kuota biasiswa utk bukan bumiputera yang naik sampai 45% tu apa cerita lak?
Dasar orang politik, salah sendiri tak pernah nak nampak! Chit..