Wednesday, August 13, 2008

Jerat dah mengena!

Mengenai cadangan MB selangor tentang cadangan membuka 10% kuota UiTM untuk bukan melayu sedang hangat di perkatakan! Sekarang ramai yang melenting dengan cadangan Khalid tu, Ramai 'hero-hero' melayu menunjukkan taring! semuanya berteriak-teriak marah kat si khalid. Berapa ramai pelajar UiTM yang berarak ke Bangunan SSAAS pagi esoknya tu. Menteri-menteri semua menyatakan rasa 'kesal' mereka kerana cadangan si Khalid yang boleh menggugat bumiputera khusus nya melayu.


Tapi mungkin ada konspirasi di sebalik semua tu..

Bayangkan.........

yang semua ni konspirasi Anwar untuk meraih undi di PP nanti dengan menyemarakkan kebencian terhadap UMNO/BN. Mengikut pecahan kaum di P44 parlimen Permatang Pauh. terdapat seramai 69.4 % bangsa melayu diikuti bangsa Cina, 24.5 % dan bangsa India hanya 6 % manakala lain-lain adalah 0.1 %

Dan PKR telah merancang satu jerat untuk meraih undi bukan melayu di P44 nanti, iaitu dengan membangkitkan isu kuota UiTM ini, dengan ini pastilah pemimpin BN akan menjerit-jerit mempertahankan UiTM di samping menghentam MB selangor, yakni musuh BN.

Dan apabila 'hero-hero' ini menjerit-jerit, maka akan tersebarlah unsur racist yang kononnya BN ni hanya mementingkan orang melayu saja. Pada masa tu, hulubalang PKR akan menggunakan isu ini untuk menghentam BN di P44, dan sudah tentu hampir semua pengundi bukan melayu di P44 yang berjumlah 30.6% tu akan menyokong PKR kerana PKR telah lama melaungkan isu kesamarataan.

Mungkin peratusan tersebut tidak menjaminkan kemenangan buat PKR tapi perlu di ingat bahawa sejak tahun 1982 lagi keluarga anwar menang di P44 tu. Jadi tidak sukar untuk mengambil hati separuh dari orang melayu di P44 tu.

Jika di kira 35% orang melayu berjaya 'ditawan' dan di tambah 30.6% dari kaum lain. maka dah jadi 65% pengundi Permatang Pauh yang akan mengundi Anwar. satu peratusan yang tinggi untuk menang!

dan kemenangan hampir pasti buat keluarga Anwar!

Jadi isu kuota UiTM ni hanya satu jerat PR untuk meraih undi bukan melayu.

Dan... jerat telah pun mengena!

No comments: