Monday, August 11, 2008

pukul anak sindir menantu.

Rafidah perlu bersedia dicabar Shahrizat

KUALA TERENGGANU 10 Ogos – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz perlu bersedia dicabar oleh Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk jawatan tertinggi sayap itu pada pemilihan parti Disember ini walaupun pelan peralihan kuasa antara kedua-duanya telah dipersetujui.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam proses pemilihan jawatan parti, ahli yang berhak menentukan pemimpin yang mereka mahu dan jika Shahrizat menerima terlalu banyak pencalonan, beliau percaya Shahrizat tidak boleh menolak kehendak ahli untuk bertanding.

‘‘Bukan saya suruh bertanding. Maksud saya memang dalam situasi mana sekalipun, bukan saja Wanita, Pemuda, Puteri atau bahagian, hak ahli adalah hak ahli (pencalonan). Pemimpin boleh kata peralihan kuasa tetapi kalau ahli beri pandangan lain, siapa pun tidak boleh halang.

“Sama ada mereka sudah muafakat saya pun tidak pasti, saya cuma baca dalam media. Formula ini kita terima tetapi kalau ahli tidak terima, adakah kita boleh sekat? Mungkin ahli lebih tahu pemimpin yang mereka mahu,” katanya selepas menyampaikan taklimat tataetika UMNO kepada pemimpin UMNO Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rasional pelan peralihan kuasa daripada Rafidah kepada Shahrizat yang dijadualkan selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.

Menurut Muhyiddin, hak menentukan kepimpinan sesebuah pergerakan dan parti bukan terletak di tangan pemimpin itu sendiri, sebaliknya sebagai sebuah organisasi yang mengamalkan proses demokrasi, ahli yang mempunyai kuasa untuk membuat pemilihan.

Jelasnya, jika ahli berasakan pemimpin yang ada sudah tidak layak lalu menggunakan hak mereka untuk memilih bagi melakukan perubahan pucuk pimpinan, maka kehendak mereka perlu dihormati berdasarkan amalan demokrasi.

Katanya, seperti juga proses pilihan raya, bukan wakil rakyat yang menentukan kemenangan mereka sebaliknya keputusan itu adalah di tangan rakyat yang mengundi.

dari utusan meloya


Sebenar nya apa yg pak din ni cakap bukan pasal pidah vs shahrizat, tapi juga kepada big boss nya sendiri. Tapi takkan nak 'sound' boss sendiri lak! nanti tak pasa-pasal kena tindakan tatatertib! lagi naya... macam kata pepatah melayu, pukul anak sindir menantu!
  1. ahli yang berhak menentukan pemimpin yang mereka mahu
  2. hak ahli adalah hak ahli
  3. Mungkin ahli lebih tahu pemimpin yang mereka mahu
  4. hak menentukan kepimpinan sesebuah pergerakan dan parti bukan terletak di tangan pemimpin itu sendiri
  5. ahli yang mempunyai kuasa untuk membuat pemilihan.
  6. jika ahli berasakan pemimpin yang ada sudah tidak layak......

Kalau boss dia paham dan insaf, kira bagus la sebab dengar nasihat orang bawah. ye la kan, ari tu boss dia gak yang cakap "bekerja bersama-sama saya, bukan bekerja dengan saya".

Tapi kalau orang yang dah ada kuasa ni lain macam sikit perangai nya.. dari Mr clean boleh tukar jadi Mr dirty..






No comments: