Friday, June 27, 2008

minyak naik! elektrik nak naik! air pun nak naik! korg x naik angin ker?

Syabas bincang cadangan kenaikan tarif air di Lembah Klang

27/06/2008 4:59pm

SHAH ALAM 27 Jun — Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sedang berbincang untuk mengemukakan cadangan kenaikan tarif air di Lembah Klang berikutan peningkatan kos yang dihadapi oleh syarikat pembekal air itu.

Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail berkata syarikat itu perlu meneliti aspek seperti kenaikan kos barangan dan perkhidmatan berikutan kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini dan impaknya terhadap harga air, sebelum menghantar cadangan itu kepada Kementerian Air, Tenaga dan Komunikasi.

“Kita sedang berbincang dengan semua pihak berkaitan mengenai impak semua kenaikan kos berkaitan seperti bekalan elektrik, kimia dan peralatan, dan sekarang kita juga sedang melihat kepada gaji (kakitangan) dan sebagainya.

“Sekarang ini adalah satu tempoh yang sukar,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat agung kali kedua Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAN) oleh Timbalan Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi Datuk Joseph Salang Gandum di sini hari ini.

- sumber dari utusan


minyak dah naik, elektrik pun akan naik, pastu ni air pun nak naik lak! adui... klu dulu rm50 tu dah kira banyak dah tapi skrg? cuba bwk rm50 g giant, ape yg korg bleh dpt? beras 10kg dah rm28, myk 5kg rm12, telur 1 papan rm4, biskut mayat rm4, gula rm2.. ngam-ngam rm50.. fuh! so, dpt la mkn nasi lauk telur n minum petang bertemankan biskut mayat. huh! ni la harga kemajuan yg terpaksa di bayar oleh kita semua walaupun realiti nya hanya segelintir je yg menikmati kemajuan tersebut!

kita x minta untuk mengecapi kemajuan semua tu sebab kita pun mengerti hanya yang betul2 berjaya akan dpt menikmati semua tu tapi tolong la jgn la terus-terusan menghimpit rakyat yang kt bwh ni! klu dulu rm50 tu bleh la gak nak beli aiskrim nestle yg rm5.49 tu tp skang ni kne pikir smule sbb ada lg benda yg lebih penting utk di beli.. klu korg perasan, idup kita skrg ni x ubah mcm kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn ptg! bkn sbb kita x berusaha tp sbb kos hidup yg memaksa! lngsung xde nk bersukaria lg..

semua benda nak naik! pasni ape lg nak naik??

darah aku da lme naik nih! nk tgu org gila tu mati ntah bila! sial!!

aku rs lngsung x seronok dg keadaan skang ni! pengaliran kuar duit tu TERASA sgt! rm50 tu da mcm rm10 je.. ish..ish.. perit nya idup zaman ..

10 taun lepas xdek la mcm ni.. brg2 pun naik gak tp skali naik tu x dek la ketara sgt! la ni??
"rakyat kena paham!" haktuih!! sepatutnya kerajaan yg kena phm rakyat! bkn rakyat yg kne phm kerajaan!

sebenar nya kita ada pilihan! kita ada kuasa untuk semua tu walaupun ia hanya dtg 4 taun sekali! tp kalau kita benar2 gunakan kuasa yg ada tu! aku rs rakyat yg berkuasa, bkn mereka!

!@#$%^&*()!@#$%^&**#$%^&@#$%^&$#@^$%$#^*%$&#$#$&#$&$&%^#%&$

No comments: