Wednesday, June 25, 2008

pakcik kayo!!

RM1 juta insentif atlet negara menang emas di Olimpik

KUALA LUMPUR 24 Jun – Atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing, Ogos ini dan pada temasya serupa pada masa akan datang akan menerima insentif RM1 juta berbanding hanya RM160,000 sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun hadiah itu dianggap besar, ia wajar memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat.

“Untuk memenangi pingat emas ini juga bukan satu perkara mudah kerana pertandingan pada Olimpik semakin sukar. Daripada satu Olimpik kepada Olimpik yang satu lagi kita lihat standard semakin meningkat.

“Oleh itu, kita harus meletakkan sasaran yang lebih besar, lebih menarik lagi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan di bangunan Parlimen hari ini.

Najib berkata, negara-negara jiran seperti Singapura juga menawarkan insentif S$1 juta untuk atlet mereka yang meraih emas Olimpik.

Beliau berkata, ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan memandangkan temasya sukan Olimpik itu ‘begitu gah’ dan diadakan empat tahun sekali.

Najib berkata, mesyuarat juga bersetuju memberi RM300,000 kepada pemenang pingat perak dan RM100,000 untuk gangsa.

Bagi pasukan yang memenangi emas, kadar minimum yang ditentukan ialah RM150,000 untuk setiap pemain.

Selain itu, pencen bulanan yang diterima oleh pemenang pingat Olimpik juga dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi pemenang emas, RM3,000 perak (sebelum ini RM1,500) dan RM2,000 gangsa (sebelum ini RM1,000). Ia berkuat kuasa bulan depan.

Buat masa ini hanya lima atlet negara pernah memenangi pingat Olimpik iaitu pasangan beregu lelaki badminton negara, Razif dan Jailani Sidek (gangsa Olimpik Barcelona 1992), beregu lelaki, Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (perak Olimpik Atlanta 1996) dan pemain perseorangan Rashid Sidek (gangsa Olimpik Atlanta).

Jawatankuasa itu juga bersetuju memberi insentif kepada atlet paralimpik negara iaitu RM300,000 (emas), RM200,000 (perak) dan RM100,000 (gangsa).

dari utusan


Adui la.. banyak tul duit mesia nih! rm1juta tuh! sebelum ni heboh di canang seluruh negeri yang kita kena berjimat cermat! nak jimatkan duit KERAjaan. dr mkn nasi srh mkn ubi kayu (lembu mana la fikiran 50tahun ke belakang nih?) pastu srh naik basikal cam kat jepun tu ha.. hohoho.... bodoh..bodoh.. bayangkan brader2 yang keje kt MBSA tu naik beskal dari rawang! pastu nnt ble smpai opis, kuar la bau2 tungkik tuh!

Adui la... lagipun bkn ada tuntutan dari atlet2 pun yg nk mintak naik insentif. prihatin x bertempat! Klu nak tunjuk baik pun g la bantu makcik2 pakcik2 yang kais pagi mkn malam tuh.. klu nak lagi prihatin, turunkn semula harga minyak. da la naik x masuk akal! 78sen.. dlm sejarah tuu... Pas je minyak naik, sume naik! (minyak adlh barang pengenap) pengangkutan awam naik! tarif elektrik naik! barang keperluan naik! beras naik! sume naik! Barang Naik mmg ssh la nak turun dah!

Bila rakyat minta selaraskan gaji minima sektor swasta pada rm1200, dia ckp itu x mungkin berlaku pasai bila gaji naik, kos operasi naik, jadi brg2 pun naik!





malas nak cerita la. buat sakit ati je..

No comments: