Monday, July 28, 2008

berita hari ini.

Bomoh sumpah hilang ‘anu’

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan bomoh ‘tarik duit’ yang bergerak aktif sekitar Chow Kit di sini, dikesan menggunakan taktik mangsa akan terkena sumpahan menyebabkan hilang alat sulit hanya kerana tidak mahu barang berharga dimiliki diserahkan kepada bomoh terbabit.

Taktik lakonan licik itu menyebabkan mangsa terpedaya sebelum menyerahkan semua wang dan telefon bimbit kerana bimbang kemaluan masing-masing dilesapkan.

Seorang mangsa, Abd Ghani Abd Samat, 25, berkata lakonan sebahagian ahli kumpulan itu yang mendakwa kehilangan anggota kemaluan dijadikan taktik ampuh untuk memerangkap beberapa mangsa termasuk dirinya baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berjalan di kawasan berkenaan tertarik untuk mendengar penerangan lanjut bomoh itu selepas menyaksikan kemampuannya memasukkan wang siling ke dalam botol minuman.

‘Saya yang kesempitan wang tertarik dengan tawaran itu sebelum diarahkan mengikutnya ke satu lokasi yang jauh dari orang ramai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mangsa kemudian diajukan beberapa soalan mengenai keikhlasannya untuk memberikan sebahagian wang kepada bomoh terbabit seandainya nombor yang diberikannya itu menepati ramalan dan memenangi hadiah loteri utama.

“Saya tanpa ragu-ragu memberikan persetujuan kepadanya dan kesungguhan untuk mendapatkan nombor loteri itu,” katanya.

Beberapa minit kemudian, mangsa yang sedang asyik mendengar penerangan dari bomoh itu, didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang mendakwa nombor cabutan loteri yang diberikan kepadanya mendapat hadiah tempat ketiga.

“Lelaki itu kemudian memberikan sedikit habuan wang kepada bomoh terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, katanya tiba-tiba lelaki terbabit menjerit kuat dan mendakwa kemaluannya tiba-tiba hilang dan memohon maaf kepada bomoh itu berkali-kali.

Bomoh terbabit dengan sombong mendakwa lelaki itu cuba menipunya dan melanggar perjanjian yang dibuat sebelum ini kerana tidak jujur menceritakan jumlah sebenar diperolehnya selepas nombor ramalan yang diberinya betul-betul mengena.

“Selepas melakukan sedikit jampi akhirnya lelaki itu yang sebelum ini mendakwa kehilangan alat kemaluannya sudah kembali pulih seperti biasa,” katanya.

Lelaki itu kemudian menyerahkan sejumlah wang yang dimenanginya kepada bomoh terbabit dan terus beredar meninggalkan mereka untuk menyambung semula perbincangan itu.

“Bomoh terbabit mengarahkan saya bersikap jujur jika tidak mahu peristiwa yang menimpa lelaki itu terjadi kepada saya,” katanya.

Mangsa yang bersetuju dengan perjanjian untuk menyerahkan sebahagian wang yang bakal dimenangi kelak selain menyerahkan sejumlah wang bernilai RM36.15 yang didakwa ‘pengeras’ bagi membolehkan bomoh itu memanggil nombor yang diingini mangsa.

“Saya turut diarahkan memberi telefon bimbit dimiliki sebagai pengeras tambahan. Saya kemudian pulang ke rumah dan membeli nombor itu di sebuah kedai berhampiran kawasan Cheras,” katanya.

Keesokannya, mangsa bagaimanapun hampa selepas nombor yang didakwa bertuah itu tidak menepati ramalan seperti didakwa bomoh terbabit.

Mangsa yang berang dengan kejadian itu segera ke lokasi bomoh itu, bagaimanapun terkejut selepas mendapati individu yang sebelum ini mendakwa kehilangan anggota kemaluannya itu adalah sebahagian dari anggota kumpulan itu kerana terbabit secara langsung membuat pertunjukan.

berita yang sensasi seperti ini di perolehi dari sini.

Sekali baca kita tak rasa apa2 'kesalahan' pada berita ini tapi cuba perhatikan semula di mana kejadian itu berlaku, apa yang berlaku dan siapa mangsanya?

Jawapannya: chow kit, judi, melayu.

Chow kit memang terkenal dengan tempat yang menipu orang ramai sehinggakan pondok polis yang kt lorong belakang tu pun dah takde polis. kenapa takde polis? sebab diorang tau kawasan tu memang tak boleh nak di perbetulkan lagi. banyak orang acheh yang berniaga kt situ (atau mungkin di sogok supaya tidak berada di situ barangkali). di situ bukanlah kawasan perniagaan yang penuh dengan penjual yang ramah mesra, sopan santun dan juga berbudi bahasa. semuanya kurang ajar di sana dan barangan nya tidaklah murah seperti yang di sangka. Chowkit serupa seperti chinatown Petaling Street tu. bezanya di PS, peniaga nya adalah berbangsa cina dan kawasan di sana pula telah 'di angkat' oleh pihak berkuasa sehingga ada bumbung dan seolah-olah kawasan yang wajib di lawati pada tahun melawat malaysia. Padahal barangan yang di jual adalah barang tiruan, pastu penjual memeras ugut pembeli.

Judi adalah haram di sisi islam, tapi kenapa yang menjadi mangsa itu orang islam? kenapa perlu di sebut nama si polan bin si polan? Tindakan penulis menyiarkan nama mangsa seloah-olah judi itu sudah menjadi biasa di kalangan orang islam. Perlukah di terangkan dengan jelas nama mangsa?

yang abg ghani tu pun satu hal gak! da tau tempat tu chow kit dan judi tu HARAM! kenapa nak percaya lagi? blah je la dari tempat tu.. tu la, masa kecik orang suruh belajar agama ko pegi isap rokok! patut la sampai besar pun tak tau judi itu HARAM! Atas alasan pae pun yang ko cakap, bila judi itu adalah haram, maka haram jua hukumnya. Niat tidak menghalalkan cara.

Kesimpulannya ada 2 org bodoh dalam berita kali ni.

1. si mangsa - sebab percaya dengan benda yang karut macam tu.
2. pemberita - sebab siarkan cerita karut camni!

No comments: