Tuesday, July 8, 2008

Damn!



Takut sampai kena pasang CCTV


PEMILIK unit ini terpaksa memasang dua CCTV bagi mencegah pencuri di Rumah Pangsa Bandar Bukit Tinggi 2, Klang.


KLANG - Jangan terkejut jika anda ternampak ada rumah pangsa kos rendah mempunyai dua kamera litar tertutup.

Ia bukan menunjuk-nunjuk tetapi kesan daripada rasa takut penghuni terhadap ancaman keselamatan di kawasan perumahan yang sudah dikuasai penyewa warga asing.

Bagi penduduk Rumah Pangsa Bandar Bukit Tinggi 2, dekat sini, mereka semakin lali dengan kebimbangan itu tetapi ia bukan bermakna sudah mengambil sikap sambil lewa.

Seorang penduduk, Norazlin Mohamad, 26, berkata, bloknya yang paling ramai penyewa warga asing sehingga memaksanya memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) pada pintu depan rumah.

Suaminya membelanjakan RM200 untuk memasang CCTV itu selepas rumah mereka, seperti juga banyak rumah yang dihuni warga tempatan di situ, dipecah masuk dengan pencuri sempat melarikan dua pasang kerusi kereta jenama 'Sparco' yang baru dibeli.

"Suami saya pasang CCTV ini dengan harapan kalau berlaku apa-apa nanti boleh digunakan sebagai bukti untuk dibawa kepada polis," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.




Isu keselamatan di perumahan kos rendah itu disiarkan dalam laporan muka depan Kosmo! semalam.

Penduduk bimbang kerana kehadiran warga asing telah mendominasi setiap sudut di kawasan perumahan sehingga membuatkan penduduk rimas dan bimbang untuk bergerak bebas di luar rumah.

Diana Rahman, 29, memberitahu, gelagat warga asing yang suka mundar mandir di kaki lima rumah dan mengintai-intai ke dalam rumah menakutkan penduduk.

"Siapa tahu, mereka macam tunggu peluang untuk pecah masuk dan sebab itu kawasan ini sunyi sepi dan penduduk tempatan akan mengunci pintu tak kira siang atau malam," ujarnya yang rumahnya turut pernah dipecah masuk.

sumber dari kosmo


Damn!!!!! apesal makin lm makin ramai orang asing kt mesia nih? rs mcm dah x terkawal. mne2 aku pegi mesti ada muka indon, negro, bangla, nepal,vietnam. kt klang tu bersepah mat2 indon kt area bukit tinggi. pendek kata klu nk merasa dok kt jakarta, g je la kt sne.

ape sudah jadi nih? jangan smpai nnt ada bangsa baru kt mesia nih! ble diorg dah lme dok kt sini, diorg dah bleh apply PR.

erm... 10 tahun lg akan ada bangsa2 baru selain dari melayu,cina,india,serani. mungkin nnt kita akan ada bangsa indonesia, bangladesh, nepal, vietnam. pastu bila nak minta kerja, terpaksa bersaing dengan bangsa asing. ntah2 nnt, peragut/perompak/pencuri pun terpaksa bersaing dengan bangsa asing!

bangun la org tua, lg mau tido ka??



No comments: