Friday, July 18, 2008

mengarut punya berita.

Detik cemas murid, guru

Oleh Saipul Adli Mohamad
saipuladli@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Lebih 50 murid sebuah tadika di Taman Sri Skudai bersama empat guru mereka melalui detik mencemaskan apabila dua perompak bersenjatakan pisau Rambo merompak sekolah mereka, pagi semalam.

Selain seorang guru berasa seperti di hujung nyawa apabila pisau Rambo diacukan ke perutnya, murid-murid juga menangis dan menjerit kerana takut melihat kejadian tidak disangka-sangka itu.

Seorang guru perempuan sempat merayu supaya tidak diapa-apakan dan dua kali memegang tangan seorang perompak yang naik angin dan melibas pisau Rambo dalam kejadian jam 10.30 pagi itu.

Guru berkenaan, K Jamuna, 21, berkata kejadian bermula apabila dua lelaki menaiki motosikal berhenti di depan pintu pagar tadika itu sebelum seorang daripadanya datang dan bertanya mengenai seorang murid yang sudah beberapa bulan tidak hadir.

Menurutnya, ketika kejadian, terdapat empat guru serta 50 murid dalam empat kelas dan lelaki itu mengikutnya masuk ke kawasan tadika ketika dia dalam perjalanan bertemu guru kelas bagi bertanyakan mengenai murid dimaksudkan.

Bagaimanapun, katanya, apabila dia berpaling selepas memanggil guru itu, lelaki terbabit mengacukan pisau Rambo ke perutnya dan memberi amaran menyerahkan wang tunai dan barang kemas.

“Apabila kami menyatakan tiada barang berharga, dia marah dan melibas pisaunya menyebabkan saya terpaksa memegang tangannya sambil merayu supaya tidak mencederakan kami dan terpaksa menyerahkan barang berharga dimintanya.

“Lelaki terbabit membawa saya ke dua kelas guru lain dan meminta mereka menyerahkan wang tunai, rantai dan telefon bimbit. Seorang guru cuba berbohong mengatakan kami tidak dibenarkan membawa telefon bimbit dan cuba menyorokkan alat komunikasi itu ke bawah meja.

“Bagaimanapun, lelaki itu nampak tindakan guru terbabit dan naik angin sebelum melibas pisaunya menyebabkan saya sekali lagi terpaksa memegang tangannya dan merayu. Ketika itu, seorang lagi perompak mengawal murid kerana ketika itu ada murid yang menangis dan menjerit apabila nampak lelaki itu mengacukan pisau,” katanya ketika ditemui di tadika itu, pagi semalam.

Jamuna berkata, kejadian berlaku kira-kira 10 minit dan ia kali pertama sejak dia mengajar di sekolah berkenaan dua tahun lalu.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan empat guru terbabit kehilangan dua telefon bimbit, tiga rantai emas, wang tunai RM240 dengan kerugian dianggarkan RM2,500.

“Kedua-dua lelaki itu memakai topi keledar berpenutup muka dan sarung tangan.

“Mereka menaiki motosikal Modenas Kriss tapi saya tidak sempat melihat nombor platnya. Mereka kemudian mengumpulkan kami dalam sebuah kelas sebelum meninggalkan tempat kejadian dan saya kemudian menggunakan telefon sekolah untuk menelefon seorang bapa murid, Abdul Rahman Abdullah, yang kemudian menghubungi polis,” katanya.

Jamuna berkata, selepas kejadian itu, dia menelefon abangnya untuk memberitahu telefonnya sudah dilarikan dua lelaki bermotosikal.

“Abang saya kemudian menghubungi lelaki terbabit dan selepas mengeluarkan kata-kata kesat pada mulanya, lelaki itu akhirnya berlembut apabila abang saya memberitahu dia boleh mengambil telefon bimbit itu tetapi merayu supaya memulangkan kad sim dan kad memori.

Sambil menyatakan abang saya `gentle’, lelaki itu sanggup bersumpah dengan nama ibunya dan berjanji akan memulangkan kad sim serta kad memori itu dengan meletakkannya di dalam peti surat tadika, esok (hari ini),” katanya.


di ambil dari metro

Ni la berita paling mengarut pernah aku baca! memang lawak! macam mana la editor boleh 'melepaskan' berita yang macam ni.

1. pengesahan dari pihak polis tidak di ambil untuk membuktikan kesahihan berita ni.
2. kemudian menulis 'bulat-bulat' fakta yang di ambil dari saksi sehinggakan saksi mengatakan yang abangnya 'gentle' pun di masukkan dalam berita.. apa ni??
3. berita yang nampak seolah-olah saksi adalah hero dalam 'wayang' ni. frasa "saya terpaksa memegang tangannya" di ulang berkali-kali seolah-olah menunjukkan jika dia tidak berbuat demikian, pasti akan terjadi sesuatu yang lebih buruk!

aku x ambil masscomm so x leh la aku nak huraikan etika dalam menulis berita. tapi berita ni adalah berita yg paling sucks! pernah aku baca.

No comments: