Sunday, July 20, 2008

BODOH!

Dua maut kereta rempuh lembu

REMBAU 20 Julai — Dua maut setelah kereta yang mereka naiki merempuh seekor lembu yang melintas di kilometer 231.6, Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran plaza tol Pedas, dekat sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom berkata dalam kejadian kira-kira 11.50 malam, peniaga alat pendingin hawa Danny Chuah Seck Siah, 28, dari Melaka dan pekerjanya Lee Kwan Meng, 21, dari Gua Musang, Kelantan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.

“Isteri Danny, Tee Chew Lee, 26, pula cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, manakala anaknya, Edward Chuah, berusia setahun hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Danny yang dalam perjalanan dari Serdang, Selangor menuju Melaka gagal mengelak seekor lembu yang melintas di tengah lebuh raya itu.

Rempuhan itu mengakibatkan haiwan terbabit terpelanting ke atas bumbung kenderaan mereka. Lembu itu turut mati.

Mizan berkata Danny yang dipercayai gagal mengawal kenderaannya akibat kejadian itu kemudian merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berada di hadapannya menyebabkan dia dan Lee cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

“Kita tidak tahu bagaimana lembu itu boleh terlepas dan berkeliaran di lebuh raya berkenaan dan meminta pihak Plus Expressway Berhad menjalankan pemeriksaan.

“Kita juga menasihatkan penternak di daerah ini supaya memastikan haiwan ternakan masing-masing tidak berkeliaran di jalan raya yang boleh mengundang bahaya serta mengancam keselamatan pengguna jalan raya,” katanya. — BERNAMA


di ambil dari utusan

Ni lagi satu bodoh! tuan lembu yang bodoh! dan bodoh! ko ada harta ko jaga la bodoh! bila lembu ko kena curi ko marah! tapi ko tak kurung lembu ko tuh! bodoh! harta yang bernilai ribu2 tu ko bleh biar camtu jer!

bila kena curi ko report polis

bila kena langgar ko diam jer

bila lembu ko busuk kt tepi jalan, ko x mengaku tu lembu ko.

bodoh..bodoh..bodoh..

tuan lembu lagi bodoh dari lembu yang di bela... bodoh!!!!

No comments: