Monday, July 14, 2008

kenapa saya tak suka paklah.

1. Sebab dia kuat tido.
'Kepimpinan melalui teladan'.. walaupun motto ini di asaskan oleh Tun tapi itu x bererti paklah perlu menolaknya. adakah boleh diterima bahawa seorang ketua negara yang kuat tidur? kalau kat rumah sendiri tu takde sape nak marah tapi kalau majlis2 rasmi tu dah di kira pelik kn! tak percaye?







2. sebab penglibatan menantu nya secara langsung.

Walaupun hanya sekadar menantu tapi kuasa PM itu secara tak langsung akan turut terkena kepada menantu dia nih! orang takkan berani membantah tindakan KJ kerana dia menantu paklah, nanti bila pakalah tau dia akan mengamuk! (saya pantang di cabar!!) .


3. sebab dia tak suka membaca.

"i'm not involve in anyway"


amik contoh mudah, macam mana beliau cakap beliau tidak tahu mengenai mengenai penggabungan ECM libra dan Avenue Capital (di bawah kementerian kewangan) sedangkan beliau adalah menteri kewangan.


4. sebab WPI.
projek lain yg penting ditangguhkan/dibatalkan(landasan berkembar johor-perlis, jambatan bengkok,jambatan kedua p.pinang) semata-mata untuk meneruskan projek WPI (ops! skang suda tukar nama, 'iskandar malaysia'. ape rasional tukar nama tu pun aku tak tau. tp setiap perkara melibatkan kos, even tukar nama tu pun.) rasanya tak perlu aku terangkan pasal ni sbb sume nye boleh di dapat dari sini, sini dan sini.sebenarnya banyak lagi tp sekadar memberi beberapa contoh.
objektif utama untuk menyalur limpahan ekonomi singapura ke dlm malaysia, maka sebab itu IM di bina. tapi apabila projek 'mega' seperti itu di bina, adakah harga nya akan sama seperti di tempat lain? sudah tentulah tidak dan sudah tentu lagi tinggi. Jika sudah tinggi, mampukah rakyat malaysia memlikinya? mungkin tapi bukan makcik2 yang jual nasi lemak kais pagi makan pagi, kais malam makan megi. Di tambah pula dengan polisi hak milik yang lebih menguntungkan orang luar di mana hak milik adalah bebas dan kekal serta pengecualian cukai bagi tempoh yang lama termasuk warga asing.
kementerian penerangan menyebut mengenai hartanah di kawasan WPI yang berharga RM50 sekaki persegi.

Dalam gambar di sebelah kita boleh lihat kedudukan IM @ WPI di peta malaysia. cuba lihat betul2, ianya seakan-akan 'mengepung' singapura. Pelaburan di WPI ini lebih bersandarkan kepada pelabur2 dari singapura. Maka apabila hampir kesemua hartanah di WPI di miliki oleh singapura, ia akan kelihatan yang WPI ini sebaharian dari singapura. 'the new singapore'.

Dan untuk makluman, tiada DEB di WPI..
Dan nanti kita akan jadi seperti pak kadok. Menang sorak, kampung tergadai.


5. sebab buat islam hadhari.

10 Prinsip Islam Hadhari

I. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah

II. Kerajaan adil dan beramanah

III. Rakyat berjiwa merdeka

IV. Penguasaan ilmu pengetahuan

V. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif

VI. Kehidupan berkualiti

VII. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita

VIII. Keutuhan budaya dan moral

IX. Pemeliharaan alam semula jadi

X. Kekuatan pertahanan

imam islam hadhari TAPI....



dan banyak lagi sebab kenapa aku tak suka paklah.. tapi itu saja buat masa ini. sekian!

No comments: